Perkongsian : Hati-Hati Menjaga Hati

tersentuh hati menyentap jiwa..
beberapa bulan meninggalkan sekolah agama..
sudah dilupa ajaran dan tarbiyyahnya...
tudung yang labuh sudah di pendekkan,
baju yang longgar sudah diketatkan,
bau yang biasa sudah menjadi berlebihan,
stokin yang dipakai sudah dikoyakkan,
handsock yang ada sudah dihilangkan...
apa guna 5 tahun belajar di sekolah agama..
andai ilmu dan iman tidak berganding bersama..
bukan ingin menilai hati melalui luaran..
tapi luaranlah yang mencerminkan hati..
simpanlah pesanan nabi tentang hati..
ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ
“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati”
(Riwayat Imam al-Bukhari).
hati-hati menjaga hati..
agar hati tidak mati..
ilmu itu satu amanah..
menjaganya bukan mudah..
andai kita malas mujahadah..

Nukilan Saudari Syifa Sarip 
Sumber Facebook

Organisasi berserta skop tugas MT yang dilantik



PENGARAH :
  • Penasihat yang baik kepada semua MT
  • Memastikan perlaksanaan serta progress ahli berjalan lancar.
  • bertanggungjawab atas segala tindak tanduk ahli yang berkaitan dengan UsrahOnline_Muslimah92.
  • Tulang belakang projek.
  • Sama- sama berusrah
TIMBALAN PENGARAH :
  • Penasihat yang baik kepada semua MT.
  • Memastikan perlaksanaan serta progress ahli berjalan lancar.
  • Membantu pengarah untuk melaksanakan tugas.
  • Provide langkah penyelesaian yang baik.
BENDAHARI/SETIAUSAHA
  • Bertanggungjawab mendokumentasikan segala aktiviti2 penting.
  • Prihatin dengan isu-isu kewangan ahli-ahli usrah.
  • Mengetahui selok belok bagaimana dana dapat dijana melalui bakat/latarbelakang ahli usrah.
  • Mencari dan mengetahui cabang-cabang/peluang-peluang serta ringan untuk dilaksanakan yang dapat meningkatkan atau meringankan beban kewangan dalam organisasi.
FACEBOOK :
  • Menyelenggara ahli Facebok.
  • Mewujudkan dokumen untuk update background info about member usrah.
  • bertanggungjawab untuk remove isu2 yang tidak berkaitan.
WHATSAPP :
  • Update info yang berada dalam facebook kepada rakan.
  • Update tentang pergerakan group atau event2 ataupun sesuatu yang berkaitan dengan group kepada rakan2.
BLOG :
  • Buat blog (DONE)
  • update blog dengan aktiviti-aktiviti atau iklan2 yang berkaitan secara konsisten.
  • summarize isu2 usrah, dan post di blog dengan penuh kreativiti tanpa menjejaskan siapa yang menyampaikan dan, maksud isi dan gaya penyampaian sebenar.
  • Menjawab komen2 yang ada dengan penuh hikmah

Notakaki : sebarang usul atau pembetulan.. bolehla d utarakan kepada yang berkaitan =D

Sekian,
Berkhidmat untuk jalan Allah.

Objektif

Antara objektif penubuhan Muslimah Usrah Online ini ialah :
  1. Sebagai jalan untuk mengeratkan ukhuwah antara usrati agar bersama-sama meningkatkan pengetahuan, memberi pemahaman dan penyelesaian yanag sahih berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan menjaga, menyayangi dan mengeratkan lagi ukhwah yang sedia ada.
  2. Sebagai jalan untuk mendidik jiwa agar terus tarbiyah di jalan Allah dengan perbincangan secara konsisten berkenaan isu semasa hasil perkongsian melalui sebarang medium media, samaada bercetak, elektronik atau sosial. Menjadi bahan rujukan yang sahih dan bermanfaat untuk ahli usrah secara langsung dan untuk seluruh muslimah secara tidak langsung..
  3. Memantapkan serta menerapkan fikrah islami didalam diri usrati melalui pemahaman, amalan dan pembinaan watak yang menunjukkan nilai-nilai islam, yang mana pada masa kini penting untuk mencapai objektif dakwah.
Notakaki : sebarang menambahan atau perubahan bolehla diutarakan kepada Saya atau MT yang berwajib.

sekian, 
Berkhidmat untuk pembangunan diri dan agama.